21- 22 NOVEMBER 2009 

SYARAT & PERATURAN 

1.        PENGENALAN 

Kembara BERNAMA-Tourism Malaysia 2009 dianjurkan sebagai satu daripada aktiviti Kelab Kakitangan Bernama. 

2.        OBJEKTIF 

Objektif acara ialah untuk:

a.    Memupuk semangat muhibbah dan keakraban.
b.    Menggalakkan pelancongan dalam negeri.
c.    Mendapatkan pengetahuan dan maklumat.
d.    Menggalakkan pemikiran kritikal.
e.    Menggalakkan pemanduan yang selamat.
f.    Mewujudkan suasana riang dan gembira.

3.        KATEGORI PENYERTAAN 

  • Kategori TERBUKA
    -   adalah untuk orang ramai / petugas BERNAMA
     
  • Kategori BERNAMA
    -   adalah untuk petugas BERNAMA sahaja
     
  • Kategori FAMILI
    -   adalah untuk keluarga petugas BERNAMA dan orang ramai

4.        YURAN PENYERTAAN

(untuk maklumat lanjut sila rujuk di borang penyertaan berkenaan - Pakej) 

  • Kategori TERBUKA  - RM180.00 seorang
  • Kategori BERNAMA  - RM150.00 seorang
  • Kategori FAMILI         - RM150.00 seorang

Penyertaan membolehkan peserta menikmati, antara lain:

·         Satu bilik tidur (berkongsi dua orang) di Mercure Johor Palm Resort & Golf, Senai, Johor.

·         Satu makan malam (21 Nov) dan  satu sarapan pagi (22 Nov).

·         Satu kemeja-T.

·         Baucer petrol setiap kenderaan. 

5.  TARIKH TUTUP PENYERTAAN 

 Tarikh tutup penyertaan ialah Jumaat, 13 November 2009. Bagaimanapun penyertaan mungkin ditutup lebih awal  jika kesemua 
  bilik habis ditempah.
 

6.       PELEPASAN ACARA 

Kembara BERNAMA-Tourism Malaysia 2009 akan berlepas dari Wisma Bernama di Jalan 1/65A, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 7 pagi Sabtu, 21 November 2009 dan berakhir pada 5 petang  hari yang sama di Mercure Johor Palm Resort & Golf, Senai, Johor

Para peserta diperlukan menjawab soalan berdasarkan kepada papan tanda yang dapat dilihat di sepanjang perjalanan serta mendapatkan “harta karun” atau “treasures” hasil daripada soalan yang diberikan. 

7.       KELAYAKAN KENDERAAN 

Semua kenderaan peserta mestilah mematuhi Akta Pengangkutan Jalan, dan sah digunakan di jalan awam. Kenderaan yang menggunakan sebarang plet dagangan tidak dibenarkan menyertai acara ini.   

Peserta hendaklah mempunyai pengetahuan penuh mengenai kenderaan itu dan perlu membenarkannya  diperiksa, jika perlu, sebelum acara dimulakan. Adalah disarankan kenderaan berkenaan dilengkapkan dengan meter perjalanan, pembacaan dalam kilometer yang boleh “disifarkan” (ini adalah satu ciri asas pada meter kelajuan). Adalah disarankan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api, kotak pertolongan cemas dan sebagainya dibawa bersama dalam kenderaan berkenaan. 

8.       INSURANS DAN INDEMNITI 

Pihak penganjur dan penaja tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku kepada peserta dan kenderaan peserta sewaktu acara ini dijalankan atau terhadap kesalahan melanggar undang-undang dan peraturan yang dilakukan oleh peserta. 

Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan diri dan keluarga atau rakan peserta dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan daripada pihak penganjur dan penaja serta kakitangan mereka. Para pemandu mestilah mempunyai polisi insurans yang menampung mereka terhadap sebarang liabiliti pihak ketiga. 

9.       PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT 

Pendaftaran peserta serta pemberian nombor pertandingan, pelekat kenderaan dan “goodies” akan diadakan pada: 

        Tarikh                    :               19 November 2009 (Khamis)
        Masa                      :               4 petang
        Tempat                  :               Tingkat 12, Wisma Bernama
                                                        28, Jalan 1/65A, off Jalan Tun Razak
                                                        50400 Kuala Lumpur       

Satu taklimat dan klinik pertandingan akan diadakan selepas pendaftaran peserta pada hari berkenaan. Sekurang-kurangnya pemandu dan jurumudi diwajibkan mendaftar diri dan menghadiri taklimat dan klinik. 

10.    HADIAH 

 Antara hadiah-hadiah yang boleh dimenangi termasuklah: 

       a)     Kategori Bernama    b)     Kategori Terbuka
                  Trofi Pusingan              Trofi Pusingan
                  Trofi                Trofi  
                  Wang Tunai                Wang Tunai  
                  Pakej Percutian              Pakej Percutian
                  Baucar                 Baucar   

(Pihak penganjur sedang dalam proses mendapatkan banyak lagi hadiah.)

 11.    HAK PIHAK PENGANJUR 

Pihak penganjur berhak untuk:

a. menolak sebarang penyertaan.
 
b. membatalkan atau menunda acara tanpa notis sekiranya penyertaan yang diterima adalah kurang  daripada 30 kenderaan atau terdapat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada pembatalan atau penundaan acara tidak akan dilayan.
 
c. tidak menerima mana-mana peserta atau kenderaan yang mana setelah pemeriksaan dijalankan didapati tidak layak untuk menyertai acara ini.
 
d. tidak menerima mana-mana peserta yang dirasakan tidak sesuai untuk menyertai acara ini atas  sebab-sebab kesihatan, kurang upaya atau tidak stabil disebabkan oleh alkohol atau dadah.
 
e. menyingkirkan mana-mana peserta yang membawa penumpang tambahan yang tidak dimasukkan dalam borang penyertaan.

 12.    MAKLUMAT LAIN

         Maklumat lain termasuk mengenai pelekat nombor pertandingan, soalan dan lain-lain lagi akan diberikan
          pada sesi pendaftaran dan taklimat pada hari Khamis, 19 November 2009 di Tingkat 12, Wisma Bernama. 

13.    PERATURAN 

  Pihak penganjur dan pengurus acara berhak menentukan sebarang perihal yang tidak terdapat di dalam 
  peraturan.